Saturday 17 December 2011

Langsuir bertenggek dirakam @ Kulim Hi Tech

Salam Satu Blogger...




Wahhh..x sangka la..ade kesinambungan la pulak kesah si langsuir bertenggek atas paip air di Kulim Hi Tech..seperti yg kiter citer dalam entry kiter yang lepas..sila rujuk di SINI jika blom membacanya k..


Motif SINAR HARIAN suke benor buat liputan kesah si langsuir nie idak le kiter ketahui yea..*udah mcm siri bercakap ngan jin* Kot gamak nak bagi laku paper pun cari la berita yg lebih bersinar kan..biar la majalah mastika ker..metro ker..buat liputan kesah2 antu nie...malas la nak komen...korang baca la sendiri...zasssssss!!!!


sumber dari :SINAR HARIAN


Langsuir bertenggek dirakam
Oleh : SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
Tarikh : December 17, 2011




HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.




Photobucket

FB TIMELINE

Salam satu blogger...


Korang perasan x skrg nie FB dah ada timeline..???emm..masih baru lagi kot..atau kiter yg x perasan...
ade sapa2 yang dah cuba...???Kiter baru je cuba tadi..lom explore abis la..n awal2 nie kiter rasa macam awesome lar...nampak berseri2 jer mukabuku kiter dengan gamba2 yang besar2...pastu leh letak pulak header yang cantik2 mcm blog...boleh tengok post2 kiter yang lama2..sejak dari awal bermukabuku..hehehe..macam best jer..dapat mengimbau kenangan lama...dulu pun boleh gak kalau nak tengok post2 lama..tapi kene sabar nak klik older post...klik sampai tergeliat jari la kalau nak tgk post sejak dari mula berfb tu kan...skrg dengan TIMELINE sekali klik je...pilih je mana tahun yg kiter nak tengok..dan boleh tengok bila kiter start berfb...emm...awesome kan...


Taraaaa...FB kiter dah jadik camnie.....

Kalau korang nak try meh klik kat Sini ok...selamat mengexplore mukabuku berwajah baruuu....








Photobucket

Friday 16 December 2011

Sayur Lemak Pucuk Salang

Salam Satu Blogger...


Pernah dengar x nama sayur nie..???Pucuk Salang..kalau orang utara terutama org Perak rasanya tau rupa pucuk salang nie kan..emm...bukan pucuk salam tau...haa..eja betul2..S.A.L.A.N.G....salang...huruf S kat depan  tau bukan J...hehehehe..*gurau je*


Kiter lupa la pulak nak snap gamba pucuk nie sebelum masak...tapi en google x menghampakan k..


                   Gini la rupanya pucuk salang tu...




Di yg dah di masak lemak..nie kira kalau ada banyak bahan2 sampingan la..


Kalau x de tu..biarkan dogel camnie pun soodapp....


Pucuk nie boleh jugak di makan sebagai ulam..celur n cicah ngan sambal belacan...fuhh!! mertua lalu belakang confirm x nampak..hehe..mata kat depan..bukan blakang kan...Kiter lak masakkan pucuk nie masak lemak putih ngan ubi keledek...tak payah la letak resepi..coz kiter malas...*berterus terang betul*
Masak aje macam biasa..rebus ubi keledek sampai empuk..masukkan fucuk dan suhun..kemudian masukkan daun salang..cili besar yg di hiris..bawang besar yg di hiris..taruk sedikit garam..last sekali masukkan la pati santan..kacau sampai mengelegak..tutup api...siapp...boleh la di hidangkan bersama2 ikan goreng..ngan sambal tumis ke...gandingan yg mantappp....






Photobucket

Kurma Telur

Salam Satu Blogger...


Alhamdulillah bulan nie murah rezeki kiter yea..sana sini ada jemputan kenduri..mcm2 kenduri ade..boleh la gantung periuk kan...*alasan!x de kenduri pun kdg2 gantung periuk gak..haha*
Apa2 pun entry kali nie bukan la nak citer pasal kenduri pun...cuma nak citer pasal telur yg kiter dapat dari umah kenduri tu kan..mungkin ade sesetengah tempat dah x kasi telur rebus nie kan..dah tuka ngan gift yg lain..tapi kebetulan 2 minggu lepas kiter gi kenduri semuanya kasi buah tangan telur rebus tu..ngan bunga telur sekali..dah lak tu kasi banyak la pulak...hehehe..anak2 kiter gegirl langsung x makan la telur rebus tu..harap yg lelaki je la..tu pun x kan nak makan banyak kan..takat sebiji je la..abis yg lebih tu kiter masakkan masak kurma telur la...haa..jimat la lauk untuk dinner pulak kan...gegirl x nak makan sudah..korang goreng la telur...*kejamnya mama*


Ok la..nie resepi ringkas je..jangan ade yg cakap alaaa kurma telur pun nak taruk dalam blog...hohoho..jangan hokey...bukan semua orang pandai tau...dulu2 masa kiter x reti memasak..nak buat cucur udang pun kiter refer resepi gak haa..atau refer pada mak..sama la mcm zaman skrg kan...nak masak tapi x reti refer pada resepi internet...kiter lebih yakin pada resepi dari blog2 nie..dari beli majalah masakan tu yg kadang2 resepinya kiter rasa macam pelik jer..blog2 memasak nie rasanya lebih telus..ade yg sanggup siap tunjuk step by step lagi..semuanya atas pada diri kiter sendiri nak cuba ke x nak kan...Cukup la membebel sikit2 yea..jom kiter ushar resepi ringkas kurma telur nie pulak...



Kurma Telur 
Bahan-Bahan:
5 biji Telur 
Santan pekat Rm2(sebiji kelapa)
Serbuk Kurma (dicampurkan sedikit air) 
2 labu Bawang Besar (belah 4,belah jangan putus yea..)
3 biji cili besar hijau(di belah 2-kiter x de stok cili besar..so taruk je cili padi)
1 Labu bawang kecil (dihiris) 
3 ulas bawang putih (dihiris) 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak 
1 batang kayu manis 
2 ulas bunga lawang 
Sedikit minyak masak 

Cara:
1) Rebus telur sehingga masak. Sejukkan dan buangkan kulitnya 
2) Tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi 
3) Masukkan kurma bersama kayu manis dan bunga lawang. Tunggu sehingga naik minyak 
4) Masukkan garam 
5) Masukkan santan pekat,cili hijau,telur dan bawang besar. 
6) Tunggu sehingga bawang besar menjadi keputihan. 
7) Padamkan api, angkat dan hidang. 
Note:
1) Kalau nak kuah rasa pedas boleh campurkan dengan cili serbuk bersama rempah kurma 
2) Bawang besar dalam kurma itu sedap dimakan 
3)Kuning telur jika bercampur dengan kuah kurma membuatkan rasanya lebih sedap. 
4) Kurma lebih sedap dimakan dengan sambal tumis (ikan bilis, ikan, ayam dsb)





Ok..selamat mencuba yea...






Photobucket

Saturday 10 December 2011

Kulim Hi Tech vs Langsuir

Salam satu blogger...


Entry kiter malam nie nak berkesah tentang hantu yea..hehehe..jangan la seram..*ayat cover*
Sebenornya tadi siang kiter terbaca kesah langsuir bertenggek di palung air kat area Kulim Hi Tech Park..tempat nie x jauh la dari tempat tinggal kiter..Taman Mutiara Sg Kob..dan kiter pun keje kat kawasan Hi Tech nie jugak la..dulu2 ade gak kluar paper citer hantu pocong kat hi tech nie la jugak...aduhh..banyak betul genre hantu kat hi tech nie yea..jom baca berita yg kiter copy dari sinar harian nie yer..



Gempar langsuir bertenggek

Oleh : SHAIFUL AZHAR MOHD ALI

Tarikh : December 10, 2011
Pili
HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.
Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. 
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. 
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. 
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu. 
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.




emm...Bagaimanapun jangan la kiter menganggap yg langsuir itu jelmaan dari org yg telah meninggal..itu adalah jelmaan syaitan/jin dalam pelbagai rupa untuk menakut2kan anak Adam....Tapi musykil jugak yea..kenapa sampai masuk paper lak nie..dari penduduk2 taman Kulim Perdana tersebut x pernah lak kluar citer2 camnie...x de pulak yg terserempak ngan makluk Allah tersebut...Hantu pun nak glamer masuk paper yer..nie mesti terpengaruh ngan kawan2nya yg lain yg dah glamer masuk panggung wayang...berlakon di layar perak...ataupun ade strategi untuk menakut2kan kutu2 rayau di tengah2 malam..??hohoho..kalau mat2 n minah2 rayau tu leh merasa takut tu ok la gak..risau hantu2 tu lak yg seram nengok dorang2 tu...lebih agresif/hyper dari hantu...hantu2 tu hanya berani bertengek je atas palung air..atau terloncat2 *pocong* tapi mat2 n minah2 rayau nie advance lagi..merempit terterap..terlentang...atas jalan raya...haaa...






Photobucket

Wednesday 7 December 2011

Filem Ombak Rindu

Salam Satu Blogger...


Kelmarin kiter ngan gegirl gi nonton filem Ombak Rindu..






Dah berjebah blogger  review pasal filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin nie kan...Kiter pun nak gak review sket..tapi x de la banyak sangat..coz kiter bukan arif sangat pun tentang dunia perfileman nie kan..


Kenapa ya kiter gi nonton filem nie...??Sebabnya ialah kiter dah terminat kat heronya si Aaron Aziz sejak dia blakon drama Emil Emilda lagi..pastu drama Nora Elena lak..dolu2 kiter minat ngan Rosyam Nor..tapi sejak Rosyam dah tua nie minat kiter dah bertuka ke Aaron Aziz la pulak...pasal kiter dok muda lagi..*rasa nak muntah sila tadah sendiri ya*muahahha...


Filem Ombak Rindu nie di Adaptasikan dari novel keluaran Alaf 21 hasil karya Fauziah Ashaari...waaa..laku betoi si Aaron Aziz nie sejak datang mesia nie kan..hujan emas di negeri orang betul nih...ngeee...sejak blakon drama adaptasi dari novel Nora Elena tu..nampak gayanya Aaron nie macam sesuai jadi watak hero dalam novel lak kan..tu pasal dia terpilih blakon filem Ombak Rindu nie...maka hari nie kata Aaron kutipan untuk filem nie dah menjangkau 5.2 million...wowwww!!!!


Komen kiter..filem nie terbaek la..sangat best di tonton..Aaron Aziz membawa watak Hariz dengan jayanya..sangat berkesan..dan Maya Karin pun best..dia ibarat penambah perisa dalam filem nie..Maya membawa watak izzah gadis kampung..mekup pun mcm org kampung..nipis jer..menurut kata Maya Karin nie adalah watak gadis kampung yg pertama kali di lakonkannya..tapi nampak berkesan sangat..tak kekok pun..tapi korang jangan la expect lebih sangat...bagi yang dah baca novel Ombak Rindu tu jangan la mengharapkan filem nie akan keluar sebiji2 macam dalam novel yer...mustahil sgt2 la semua watak dalam novel tu boleh di lakonkan di layar...kalau boleh pun sanggup ke nak tunggu 5-6 jam dalam panggung tu...huhuhu..banyak kiter baca kritikkan2 yg mengatakan filem nie banyak yg x sama ngan dalam novel..ofkos la kan...perlulah di sesuaikan dengan filem...novel dan filem kan berbeza...


X perlu rasanya kiter letak sinopsis citer ni kat sini ek..coz mesti korang dah baca kan..heheh..*dasar pemalas* Cuma kiter nak bgtau sket pada yg nak bawa anak2 menonton tu..ada adegan2 panas di atas ranjang tau...mcm kat bawah nie...


 Nie adegan di mana Izzah telah di jual oleh bapa saudaranya kepada sendiket pelacuran..dan Hariz*Aaron*
org pertama melanggani Izzah...


Kepada mereka2 yg merasanya dirinya gembeng seperti kiter ..sila bawak sekotak tisu atau tuala pun boleh gak yea..pasal korang sure akan nanges mcm kiter gak...huhuhuhu...


Apa2 pun kiter suka pada adegan2 romantik dalam filem nie dan juga permandangan yg indah...mcm gamba di bawah...










*pic hasil carian en google*
Pada yg belom menonton tu sila la pegi yea..citer ni memang best...chaiyok!




Photobucket

Tiramisu--Strawberry vs blueberry

Salam Satu Blogger...


Minggu lepas kiter dah buat tiramisu...hehehe..asek meleleh air lior bila ngadap tiramisu nie kat blog org kan...kiter pun ce try la buatnya...emm..sedappp sgt...


         Nie kiter try buat letak filling blueberry ngan strawberry....


        Letak dalam bekas yg besar sket..tapi x reti nak melapisnya pulak..x cantik lak nampak...


Resepinya mudah jer...kiter amik dari blog Kak Nor @ Secubit Garam Mula2 kiter buat untuk anak2 jer..pastu kiter buat lagi..bawak untuk kawan2 tempat keje lak...Nampaknya tiramisu nie menjadi desert kegemaran kiter sekeluarga la..sangat sedap bila makan sejuk2...yummy..yummy....


STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
sumber resepi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu *finger lady*
sedikit buah blueberry segar ~ *kiter x letak pun...

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada.
Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 





Photobucket

Wordless Wednesday # 2


Gini la jadinya bila Muhammad Hazim nak sangat ikt gi shopping barang dapur....




Photobucket

Thursday 24 November 2011

Kek Karamel


Salam Satu Blogger...

Akhir2 nie bernafsu betul kiter nak menerai resepi2 yg comel2 nie..salah satunya nie la..Kek Karamel..dah berjebah dalam blog2 masakkan kek nie kan..yg nie sebenornya cubaan kali ke2..mlm tadi kiter gigih berusaha nak merealisasikan*skema giler*impian kiter untuk melihat hasil kek karamel yg comel lote dari air tangan kiter...

1st time kiter buatkan..bahan karamelnya tu ade taruk roti sandwich 2 keping..emm..kiter lupa la resepi saper yg kiter try tu..nanti kiter cari yea..Resepi nie sedap rasa karamelnya..tapi kiter buat x menjadi lak..hanyut ke laut jadinya..huhuhu..tapi rasanya mabeles la..dan masa buat tu kiter punya teruja nak tengok hasilnya sampai terlupa nak taruk kaler..plain je la..dah tu memandai2 lak nak taruk kaler kemudian..mana nak boleh kan..hehehe..ajaran sesat mana la kiter blaja nie..kuikuikui..

2nd time kiter buat resepi lain lak..resepi nie kiter ambik dari annaqawina tq yea..tapi kiter x de la buat yg beralun2 tu..cuma buat biasa2 jer..sempat gak la kiter letak kaler kali nie..cuba buat sebaik mungkin..ikut resepi betul2...dan hasilnya menjadi gak la..walau x excellent sgt...




Nie rupa kek yg kiter dah siap pelangikan..emm..masa nie excited giler..mcm x sabar je nak tunggu hasilnya..






Taraaaa...mcm tak sempat2 nak sejukkan kek tu dulu..terus je potong..nak tengok pelanginya tu la..emm..comot je kan hasilnya...abaikan lapisan hitam kat bawah tu yea..buat2 x nampak sudahhh...hahaha..itu la pasal..x yakin pada resepi..gi taruk api atas lak selepas dah masak tu...elok nak comel dah jadik buruk lak...tapi kali nie karamelnya elok je..takde hanyut macam yg 1st tu...cuma rasanya mcm kurang sket..yg 1st tu lagi sedap kata anak2...emmm..ade sifu2 kek karamel yg sudi membantu x...????
Kalau ade tu sila2 la share yer..sharing is caring...Kiter x letak lagi resepi kali nie yea..nanti kiter nak try lagi sampai menjadi..comel n mabeles baru kiter letak resepi..


Luar pagar ade jambu batu,
sila petik sambil berdiri,
jika ade yg sudi membantu,
sila la tampilkan diri.....*pantun x leh blah*




Photobucket

Wednesday 23 November 2011

Masak Lemak Siput Sedut




Salam Satu Blogger...


Ape ke buruk benor kan..siput pun nak di baham...emmm..tapi ini siput best tau..Siput Sedut..atau ade yg panggil siput belitung...Lama sangat2 kiter tak masak siput nie..kebetulan minggu lepas rajin la bebenor balik keje malam terus ajak encik hubby gi market Kulim..saje je umpan encik hubby kata nak membeli bahan2 nak memasakkan..tapi tujuan yg sebenornya dah teracun dek kawan2..dorang dah pegi awal lagi dari kiter..menyoping tudung..uuuu...comel2...geram betul...maka kiter pun nak menyoping tudung gak la kan..hehehe...


Alang2 dah pegi tu jumpa la siput sedut nie..emm..menarik gak nie untuk di masak..beli la sekilo..harga Rm12..mahal x..??entah la kiter x tau harga pasaran berapa...Kata si penjual tu siput yg kiter beli tu dari laut..ade gak yg dari sungai katanya...errr..ade beza ke..??


Siput nie kene la cuci bersih2..buang segala selut yg melekat kat cengkerangnya tu..lepas tu perap sekejab ngan hampas kelapa..nie bertujuan untuk buang kotoran dalaman siput tu..nanti x de la kiter tersedut lumpur lak bila makan kan...masa sesi perap ngan hampas tu jangan lak biar siput tu terdedah je dalam besen tu..karang x pasal tu siput2 tu merayap gi makan angin lak...haaa..tinggal besen kosong...fadan muke...kihkihkih...sebaik2nya serkup besen tu ngan penapis..kasi udara sket kan..kiter tindih lak penapis tu ngan anak lesung..hahaha..macam le kuat sangat siput tu kan...Biasanya ade org masak siput nie ngan keladi kan..tapi kiter x letak apa2 pun..hanya siput je semata...ok jom kiter masak...




MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan A 
1 kg siput sedut (potong hujung siput)
2 cawan santan cair
2 santan pekat (1 biji kelapa )
2 batang serai

Bahan Mesin
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
Kunyit hidup
Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendideh sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.




Anak2 kiter biasanya dorang makan siput nie kalau makan kat kedai...tapi kali nie kiter masak dorang x makan lak..sebabnya ialah dorang nampak siput2 tu merayap dalam besen tu kan...ngeeee...geli la tuuu....




Photobucket

Monday 21 November 2011

Cucur Nasi Jejari Ketam


Salam satu blogger..


Hari nie kiter try buat cucur nasi resepi dari Kak Wan sambil2 tengok harimau malaya vs garuda sambil2 ngap kan...hahaha..jangan sampai excited sangat rimau masuk gol tercekik cucoq lak...haru lak kan....


Sebenarnya kiter x de pun nasik lebih..bahan2 lain semua ade dalam esbox tu..nasi je dah abis..siang tadi kiter masak banyak gak..cuma anak ulang2 makan sampai clear...tapi kiter tetap nak try gak cucur nasi tu..nampak sedapp je kan dalam blog kak wan tu..tambah musim2 ujan nie kan..makan panas2..x sedor abis sepinggan..so langkah pertama kene la kiter masak nasi lain kan...semata2 nak buat cucoq nie....:)




Tuudiennn...cucoq nasik nooo...awat la Kak Wan buat comel n bulat2 jer...apesal la kiter buat penuh jerawat neyy??? tak paham lar...kahkahkah..x seni sungguh jari jemari ni kan...alaa..kiter x kesah...clean n clear gak cucoq jerawat kiter nie di baham anak2...sambil jerit2 tengok games bola final rimau vs garuda tu...
Rasanya...emmm..sedappp..lembut jer...x payah letak telor dah...so nasi yg x abis nanti jangan buang yea...simpan buat cucoq tau...


Jom tengok cemana resepinya k..emm..resepi nie kiter dah derhaka tau..harap2 Kak Wan x marah yea..kiter ubah sket ikut citarasa kiter...mcm biasa la..kiter kopipes jer resepi dari blog Kak Wan tu..dan ubah sesuka sesuki kiter lak..ammpunn...




Cucur Nasi Jejari Ketam


Kredit kepada:Kak Wan
Bahan-Bahan :
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 camca bawang goreng *resepi sebenar letak bawang putih*
3 camca ikan bilis goreng *hat nie kiter ubah resepi sebenarnya boh udang kering*
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
1 biji lada merah di hiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang di hiris
sedikit garam (1 sudu teh)
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara : 1.  Kisar nasi bersama air, ikan bilis, bawang goreng dan bawang besar hingga halus.
2.  Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan kisar tadi, gaul sebati.
3.  Campurkan hirisan crabstik, daun bawang, cili dan garam, gaul sebati.
4.  Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.  Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm
 minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga 
habis...




Ok la..sila la cuba yea..senang jer nak buatnya..rasanya pun best..cicah ngan sos thai n makan panas2 ngan kopi panas...uummmpp!!


edit: mujoq x tercekik cucoq masa indon boh sebiji gol di masa tambahan...Akhirnya Malaysia menang penalti 4-3...alhamdulillah...






Photobucket

Friday 18 November 2011

Cuti Sekolah Dah Bermula

Salam satu blogger..


ehsan en google


Yak Yak Yea la budak2 skolah...dah start bercuti bagi negeri Kedah dan yg sewaktu ngan nya..suke bebenor dorang kan,,huh!Hingaq bingaq la umah kiter nanti..kalau keje shift malam jenuh la nak bersabar ngan riuh rendah dorang main dalam umah...hohoho..


Sinonim la ngan cuti sekolah mesti la ade banyak majlis kenduri orang nak bernikah..nak bersunat pun time nie gak la..nak bercuti2 mesia pun time nie gak la..budak2 confirm merengek2 ajak gi bercuti...macam ler x pernah cuti kan..anak2 bercuti..mak bapak pun ambik peluang nak bercuti sama2 la..nak spend masa2 yg berkualiti bersama keluarga tersayang..


Along ngan angah skrg nie tengah keje ngan abah dorang ..cari duit nak pegi bercuti ngan beli peralatan sekolah baru..kelmarin kiter dah pegi ambik duit Rm100 yg kejaan bagi..Alhamdulillah.. lepas la nak beli baju skolah kan..eh! ade yg cakap sikit ekh?? alaa..bersyukur la tuu..takkan nak kasi sorang Rm500 lak..kayo la sangat kejaan tuh...hohoho..boleh je kalau nak bagi pun


Budak2 nie confirm nak semuanya peralatan baru..apa la thema lak tahun nie..angry bird la pulak kot..tahun lepas upin ipin..Kalau zaman kiter dulu pakai je beg lama selagi x koyak..sampai out of date pun dok pakai lagi..uniform pun beli 2 tahun sekali..tapi anak2 sekarang nih..tiap2 tahun pun nak tuka uniform baru..yg lama tu dah jadik belacan..kaler putih dah jadik kelabu taik anjing...hehehe..tah aper2 dorang buat kat skola..macam pegi motong getah jer..punya comot...ehh..kiter cakap pasal boboy kiter ekh..ye la..ade gak la yg tertip..pegi balik sekola bersih..putih melepak jer...Tapi gegirl kiter pun sama gak..nak tuka semua baru gak..buat semangat nak pegi sekolah la konon...haishhhh....


Ok la..selamat bercuti pada yg dah start cuti dan yg bakal bercuti...Pastikan keselamatan di utamakan.bye






Photobucket

Tuesday 15 November 2011

Sup Tulang GearBox

Salam satu blogger...


    Ari nie kiter masak tulang gearbox hari raya korban aritu..dah banyak ari x masak2 lagi...nak masak gearbox nie kene masa yang panjang..itu la sebabnya kene betul2 ade masa baru leh masak...Sesekali boleh la makan gearbox nie..jangan kerap2 yea..tinggi kolestrol tu..karang pengsan lak...*fenin*


Ok la jom kiter tengok resepinya k..Resepi sup nie kiter amik dari myresepi..coz malas nak menaip hehehe..sama je yg macam kiter buat tu...



Sup Tulang GearBoxResepi dari :My Resepi
Bahan-bahan :( 4 org mkn )
tulang gear box 4 ketul
1 biji bawang besar(kisar)
4 biji bawang kecil(kisar)
8 ulas bawang putih(kisar)
1 inci halia(kisar)
20 biji lada sulah(angaran shj)(kisar)
1/2 botol sos tiram(botol besar)
1 kiub ayam(pape brand)
1 paket rempah sup bunjut tulang
2 biji tomato
daun saderi
minyak utk menumis
Cara-cara
basuh bersih kesemua tulang,dn rebus sehingga isi pd tulang lembut(nk tau lembt ke x tngk isi akan tetnggl sedikit dr tulang)
tumiskan rempah yg terdapat dlm paket sup bunjut tulang,sehingga naik bau.kemudian masukkan bahan yg telah di kisar.tumis hingga garing dn naik bau.masukkan garam dn sedikit serbuk perasa.tumis guna kuali..
masukkan bahan yg telah di tumis ke dlm air rebusan tulang.masukkan juga sos tiram,kiub,sup bunjut,reneh sehingga daging empuk.potong tomato 4bhg,dn masukkan kedlm sup.biar selama 5 min.matikan api taburkan daun sup.sedia di hidangkan.



Photobucket

Usop Mee Udang Pulau Sayak

Salam Satu Blogger...


Sepatutnya entry nie siaran semalam..tapi oleh kerana letih campo malas maka ari nie baru kiter bersiaran yea..emm..Semalam encik hubby masih bercuti..mcm biasa la dia nak ajak gi jenjalan cari pasal..wife ape lagi..suka la sangat2 kan...x payah nak masak2 bagai..So entry kali nie masih lagi entry terjah dapur kedai orang yea..*nyorok dari Yana Halim* huhuhu...sedor dighi betoi yea..asek masuk dapor kedai jer...dapor sendiri bila nak berasap neh...haaa..ade gak entry dapor sendiri ari neh...tunguuuuuu....


Berbalik pada kesah jenjalan semalam k...smlm kiterorg gi Pulau Sayak...pada yg tak tau Pulau Sayak nie kat mana..Pulau Sayak nie di negeri Kedah yea..Ianya di tanah besar je k..x perlu nak naik feri atau bot..berkereta ajer..nak jalan kaki pun takpe..jom tengok maps-->Pulau Sayak


Apa yg special kat Pulau Sayak nie mee udang la..ada banyak restoran mee udang..yg kiter pegi semalam nama restorannya Usop Mee Udang..kedainya selepas FRI Pulau Sayak..turun bukit di sebelah kiri...
Kiter pun x pernah pegi sebenornya sebelum nie...atas rekemen seorang kawan kiter pun try la..emm..bila sampai je tempat tu..kiter suka sangat dengan suasananya...santai dan berangin jer...


              Ce tengok permandangan dari meja kiterorg...cantik jer..


              Suasana yang berangin..dengan bunyi ombak..santai sangat...


                             Menu yang ader kat kedai nie...




     Nie la rupanya mee udangnya..yg nie mee udang special..harganya Rm10.00...Rasanya pulak
biasa2 ajer...udang ada la dalam 6 ekor camtu...sayur apa pun x de...cuma ade udang jer..yg specialnya kerana udang tu fresh la kot kan...




   Udang goreng kunyit..makan ngan nasik putih...harganya Rm10.00 gak...




Tomyam campur..emm..kiter lupa lak nak tanya harganya berapa...rasanya biasa2 jer...




Ok..itu ajer la review kiter tentang tempat nie ya...kiter rekemenkan tempat nie pada yang suka pada suasana santai....Selepas makan2 kiterorg gi Pantai Merdeka lak..tapi x lama pun kat sana..tak sempat nak bergambar pun..hujan dah turun...Pantai merdeka dah upgred food courtnya..nampak la manarik dan kemas sket...Rasanya dah lama kot food court tu buat baru..cuma kiteorg je yg dah lama x pegi Pantai Merdeka...


Lepas dah ujan..terus je la kiterorg berangkat..ingatkan en hubby nak balik..rupanya singgah lak tesco extra..shopping2 barang dapur..gegirl kembar kiter tu suke benor hangkut itu ini..mcm ler nak bayor sendiri..sampai kaunter wat2 vodoo jer memasing..huh! bijak2....jimat le dorang..turun bawah siap leh beli t-shirt angry bird..ngan tudung ler..broach ler...


Nak balik singgah lak makan Char Kuey Tiaw kat Permatang Pauh..en hubby x nak makan..tapi wife ngan gegirl kembar memang hantu Char Kuey Tiaw...hehehe..mkn sampai licin...aiman n haziq mkn nasik lemak je..pastu asik2 mintak udang je kat kiterorg..oder lagi udang goreng utk dorang ratah2..ishh..heran..anak tokey char kuey tiaw tapi macam x jemu2 je makan char kuey tiaw..x ambik gambo pun..jaga ati en hubby yg juga tauke Char Kuey Tiaw...apa2 pun Char Kuey Tiaw en hubby still the best lah....






Photobucket

Monday 14 November 2011

MONrods Kulim

Salam satu blogger....


Entry jalan2 cari makan lagi....wahhh...ahakS!! Rasanya perlukah kiter tuko tajuk blog kiter dari sudut dapur ku itu kepada dari sudut kedai orang....hakhakhak...Entry makan luar lebih banyak dari yg di masak di dapur sendiri neh..ape kes der...*malo*


Pantang je encik hubby tu cuti kan..nak keluar berjalan je kekdahnya...emm..kebetulan kiter pun cuti gak..
Kali nie kiter try makan kat kedai yg dekat jer...MONrods..emm...pada yang tak tau..kedai nie dekat Kulim la..apa nama taman tu pun kiter x tau...dekat ngan Taman Selasih...belakang Esso tu...ikut jalan nak ke Kulim...


 Nie la kedainya...nampak sign board nie dari jalan besar lagi...  




Nie pulak pandangan dari sisi kedai....


Nampak tak iklan unplugged M.Nasir tu..??em..MONrods nie kerap panggil artis datang buat persembahan...masa kiter datang nie x de la pesembahan dari artis..cuma ada nyanyian live dari saper tah..kiter x pegi interview lak namanya saper...


                Nie La orgnya yg perform live mlm tadi..best jugak la hasil nyanyiannya...


Ok sekarang meh tengok aper yg kiterorg makan tadi...banyak gak la menu kat sini...makanan biasa macam nasik goreng...segala2 yg goreng2 tu la...semuanya ade...Tapi menu pilihan kiter mlm tadi semestinya western la...ishh..western lagi...ala2 omputih la pulak kan...*perasan*




            Nie buku menunya..


Minuman dah sampai...yg 1st tu namanya Tutty Fruity Iced Blended..harganya Rm6.90..rasanya masam2 manis...yg tengah tu Chococino Iced Blended harganya RM6.90 dan yg last tu MONrods Iced Blended harganya Rm 7.90...emm..semuanya sedap..


                     Tak lupa gak sky juice...percuma saja...


 Yang nie Hot Mocca...emm...best gak..harganya Rm 4.90..
 Sambil tunggu makanan sampai..meh possing dulu...
                          Menyenget je Aiman nak possing ngan angah...


                           yummy...bestnya iced blended nie...


 Pissss...Haziq x suke la makan makanan org putih nie...nak nasik..tapi malas nak cakap..takut makan x abis...pasal kat umah tadi baru je makan nasik....huhuhu


          Baby tak nak yg lain..nak yg nie gak...pasal ade Oreo kat dalam tu...


 Dah sampai pun makanan...Black Pepper Chicken Chop..Harganya Rm 12.90..


 Nie Mushroom Chicken Chop..Harganya Rm.12.90 gak...


 Lamb Chop..harganya Rm14.90...best lamb chop nie..tulang x de pun..isi je..black pepper sos pun best...


 Spaghetti Bolognese...harganya Rm12.30...best la sos bolognesenya..yummy..!!




Nahhh...dah kenyang makan...hambekk..gi la bayor!!..


Semua menu yg kiterorg cuba diatas sedap...kiter kasi 4 bintang untuk MONrods...
Gambo yg kiter amik mlm tadi mcm x cantik jer...emm..olympus kesayangan kiter nie dah nazak ker..?? emm...mcm nak kene tuko baru jer neh....*harap2 en hubby baca entry neh*




Photobucket
 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog