Monday 27 October 2014
TERATAK MEE UDANG KAK TIE
Friday 10 October 2014
Mee Kuah Daging
Assalamualaikum..salam satu blogger...
Dah beberapa hari Hari Raya Korban kan...tapi dalam peti ais masih ada saki baki daging dan tulang lembu korban...3 hari lepas dah buat bihun sup utara..hari ni teringin nak makan mee kuah daging lak..sebenarnya kuah mee ni kalau boh tulang lagi best...tapi di sebabkan saya lupa nak keluarkan tulang tu awal2 utk di rebus..maka boh daging saja lah...memang dlm resepi pun cuma letak daging jer...
Jom la try resepi nie..pada selera saya sedap la jugak...terasa lemak2 kacang dlm kuah tu..Resepi ni saya ambil dari FB je..dah lama saya save..lupa dah sapa yg kirim...kalau tuan punya resepi ada terbaca minta halalkan resepinya ini yer...
Nindiaaaa....ayaq tangan saya ari nie nooo...sapa yg nak try tu sila tgk resepi di bawah nie...
MEE KUAH DAGING
BAHAN-BAHAN :
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :
8 biji telur rebus - dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK :
1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup .
Tuesday 7 October 2014
Percutian pendek di Apartment Suria Bukit Merah
Dalam entry yg lepas ada saya ceritakan tentang percutian pendek selepas cuti sekolah penggal ke3 tu kan...kami pegi masa weekend je..stay 1 mlm di Hotel Apartment Suria Bukit Merah.
Sebenarnya kitaorg plan nak pegi bercuti ke Langkawi...tapi memandangkan bajet yg x berapa nak cukup tu..maka ke sini lah kami..percutian yg amat2 bajet..walaupun angah dah kata boring la asik2 bukit merah je...hahaha..apa nak buat...kat sini je mampu...lain kali kite pegi jauh sikit ye..lagi pun kami bukan pernah stay kat sini ,hanya angah rasa bosan di sebabkan dia belajar di kolej berhampiran dgn apartment nie..di kolej Perkembangan Awal Kanak2 Bukit Merah..
Okay lah mai nak story pasai percutian ni yer...
Nak ke sini perlulah masuk melalui jalan ke bukit merah theme park..tapi bukan dekat theme park,kene terus lagi ke dalam..nanti akan nampaklah sign board Hotel Suria nie..
Berendam laa sampai kecut...hehehe...
Walaupun hanya satu malam..tapi anak2 kata mereka rasa puas..sebabnya dapat mandi pool...emm..bila pulak nak bercuti bergantung pada bajet la....kalau ada rezeki lebih boleh la bercuti lagi ke detinasi yg lebih jauh sikit kan..
Ok Bai!!
RESTORAN DIN SKOT DI PANTAI BERSIH PULAU PINANG
Monday 22 September 2014
Selamat ulang tahun muhammad Hazim
Besday budak ni sebenarnya pada 20 hb sept 2014 Sama tarikh besday aku Ier... kami berkongsi tarikh lahir...tapi hari ni baru sempat nak bawak keluar makan...semua org sibuk tak ada masa nak buat majlis kecil2 pun...aku pulak yg over sedih... mengalahkan budak kecik tu...
Oklah malas cakaplah tahap kecik hati aku tu kan... En.suami bawak keluar makan pizza hut hari ni... lama jugaklah kami tak makan pizzahut...sampaikan aku tak tahu pun sejak bila tak ada salad..Ketinggalan sungguhkan...
Apa2 pun mama doakan semoga Hazim menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat,menjadi anak yang soleh dan taat pada kedua ibu dan bapa... dan mendapat rahmat dari Allah... InsyaAllah.... Ok.Bai!!
Kembali memblog lagi....
Assalamualaikum...Salam satu blogger...
Aku sendiri tanjat tau kenapa aku tiba2 memblog today... buang tebiat ke apa... Setelah hampir lebih setahun blog ni terbiar sepi kini kembali berbicara... Semangat memblog dah kembali ke??? Apa2 saja lah peah...jangan nak perasan sangat... macam Ia blog hang ni ada org nak baca.... hehehe... Tak pa aku tak kisah pun....Yang penting ni haa semangat nak menulis dok mai dah....
Dulu masa dok bekerja lagi pun ada masa nak menulis kan.... tambah la ni dah jadi suri rumah sepenuh masa takkan lah tak dak masa langsung pun kan....
Tak kisahlah ada orang baca ke tak pun... Aku bukan ada cerita hebat pun macam bIogger ternama tu kan... Aku menulis untuk kenangan di masa depan saja...untuk aku jadikan rujukkan jika aku memerlukannya...aku kan blogger biskut..So jangan dok bajet ada follower sangatlah...
Ada banyak yang nak aku rakamkan disini nanti... tunggu sat naa...satgi aku sambung sembang lain...la ni nak pi buat keja umah sat... tapi rini ada anak dara tolong... sorang cuti Sem sorang lagi cuti keja.. jadi mama depa boleh berehat la noo... .k.Bai!!!