Monday 27 October 2014

TERATAK MEE UDANG KAK TIE

Assalamualaikum..salam satu blogger...

Apa habaq rakan2 blogger hari nie...???ehhehe..perasan dj radio ke apa nie..ke perasan follower dok tunggu new entry ler kekonon kann...lantakkk...!!! kikikikilala...

Entry kali nie entry jalan2 cari makan la sebenaqnya..x pa la..kita bermukadimah la dulu noo...Mgu ni adalah minggu yg agak sibuk la jugak..kesana ke mari..kebanyakkan masa dok dalam keta ja..sampai naik lenggoh pinggang tapi mujoq x kena drive..pasai dah ada driver extra dah la ni yg boleh bergilir ngan en suami kan...Jalan Kulim-Baling cemuih sangat dah dok lalu pi balik pi balik..selagi Aiman dok belajaq di Sek Agama Yayasan Khairiah Kupang tu..selagi tu la dok ulang alik ke sana...

Jalan Kulim-Bukit Merah pun sama la jugak...kerap sangat dah dok ulang alik dalam 2 bulan nie..pasainya..

Tuuu..dok pi hantaq dan ambik budak kat belakang tu dari kolej dia di Bukit Merah...hehehe..baru dua bulan..rasa cemuih dah dok ulang alik..benaqnya kampung asai tempat saya membesaq pun di Taiping jugak la..tapi la ni dah lama menetap di Kulim..ada umah di Kamunting pun bagi sewa saja..mak ayah pun dah mai pindah dok di Kulim..

Cerita entry kali ni adalah ketika hantaq budak tu balik ke Kolej KPAKK Bukit Merah tu la..sebelum hantaq dia kami terus ke Kamunting dulu..dok dengaq cerita ada restoran mee udang sedap di Kamunting tu..ni nak pi try la..



Ninnn diaa..sampai dah kat restoran tu..x payah pun nak cari..turun ja fly over depan econ save tu..jalan depan sikit kat area pasar malam tu lah..belah kiri akan nampak lah sign board mcm gambaq di atas ni...mai la singgah...

Emm..nampak sedap dak..???Memang sedap pun..ikut citarasa saya la..lagu ni menu dia hanya rm9...Mee udang biasa saja..tapi udang berlambak..jenuh selak udang baru nampak mee...puas hati la makan udang..Org Kamunting x gaduh nak pi sampai kola sepetang nun nak makan mee udang..tang ni pun kira terbaek dah...
Ni nasik goreng biasa...Arman Haziq ni menu dia megi goreng atau nasik goreng je..tapi dia kata nasik goreng ni tak sedap..hehehe..saya x rasa..jadi no komen lah..
Ni pulak Char Kuey Tiaw..pun banyak udang jugak..tapi ikut citarasa saya tak kena selera lah..
Ni udang yg di kaup naik ke pinggan..susah sgt nak makan mee..banyak sangat udang kan..
Ni pulak Mee Udang Super Special..Rm15..sepatutnya ada ketam ngan udang tapi masa kami pi ni ketam tak ada stok..di ganti dengan sotong lah..en suami punya oder nie..en suami kata kuah mee mabeles..tapi dia x suka karot yg di racik halus tu..susah nak makan katanya yg x suka karot..ehhehe


Jadi kesimpulannya mee udang kat sini terbaek jugak lah..tak payah nak merantau jauh2 pi sampai ke kola sepetang nun..saya bagi 3 bintang lah..menu yg best mee udang saja la kot...yg lain2 tu mcm x berapa kena dengan selera..nanti kalau mai lagi boleh cuba menu lain...

Ok Bai!!

Friday 10 October 2014

Mee Kuah Daging


Assalamualaikum..salam satu blogger...


Dah beberapa hari Hari Raya Korban kan...tapi dalam peti ais masih ada saki baki daging dan tulang lembu korban...3 hari lepas dah buat bihun sup utara..hari ni teringin nak makan mee kuah daging lak..sebenarnya kuah mee ni kalau boh tulang lagi best...tapi di sebabkan saya lupa nak keluarkan tulang tu awal2 utk di rebus..maka boh daging saja lah...memang dlm resepi pun cuma letak daging jer...

Jom la try resepi nie..pada selera saya sedap la jugak...terasa lemak2 kacang dlm kuah tu..Resepi ni saya ambil dari FB je..dah lama saya save..lupa dah sapa yg kirim...kalau tuan punya resepi ada terbaca minta halalkan resepinya ini yer...






Nindiaaaa....ayaq tangan saya ari nie nooo...sapa yg nak try tu sila tgk resepi di bawah nie...




MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :

8 biji telur rebus - dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup .



p/s--->oleh kerana saya buat kuah lebih sikit..saya tambah ubi keledek rebus yg di kisar halus utk menambah pekatkan lagi kuah...


ok bai!!
Photobucket

Tuesday 7 October 2014

Percutian pendek di Apartment Suria Bukit Merah

Assalamualaikum...salam satu blogger...


Dalam entry yg lepas ada saya ceritakan tentang percutian pendek selepas cuti sekolah penggal ke3 tu kan...kami pegi masa weekend je..stay 1 mlm di Hotel Apartment Suria Bukit Merah.

Sebenarnya kitaorg plan nak pegi bercuti ke Langkawi...tapi memandangkan bajet yg x berapa nak cukup tu..maka ke sini lah kami..percutian yg amat2 bajet..walaupun angah dah kata boring la asik2 bukit merah je...hahaha..apa nak buat...kat sini je mampu...lain kali kite pegi jauh sikit ye..lagi pun kami bukan pernah stay kat sini ,hanya angah rasa bosan di sebabkan dia belajar di kolej berhampiran dgn apartment nie..di kolej Perkembangan Awal Kanak2 Bukit Merah..

Okay lah mai nak story pasai percutian ni yer...
Nak ke sini perlulah masuk melalui jalan ke bukit merah theme park..tapi bukan dekat theme park,kene terus lagi ke dalam..nanti akan nampaklah sign board Hotel Suria nie..

Di hadapan lobby hotel..abaikan budak x tahan panas tu yer...

Rate buat masa sekarang..bergantung pada perubahan semasa..tetapi kami contact terus owner apartment dapat lah harga lagi murah dari yg di tetapkan oleh pihak Hotel Suria Apartment..kalau sapa2 yg plan nak bercuti ke sini dan nak harga murah sikit boleh lah contact.. 0135057887 (en Idris)atau boleh juga contact 0105667312 (cik Sha)

Ini ruang tamu apartment yg kiteorg sewa..satu malam hanya rm150..weekdays la..pasal kami pi hari khamis...apartment ni di tingkat 3..ada satu bilik.. 2 bilik air..ada jugak singki dan mini peti ais..aircond di ruang tamu dan dalam bilik..tv walaupun jenis tong...hehehe..bukan flat screen la..hanya ada channel 1 2 3 dan 6 saja tapi sgt2 clear...puas la nak tgk kan...



Katil king size je..tapi tilam sangat selesa..saya x sempat atau lupa nak ambik gamba keseluruhan bilik...lain kali kalau pegi lagi saya akan cuba ambik yer...


Haaaa...ini lah kepuasan percutian utk anak2 saya..mesti kena ada pool...dan pool kat Hotel Suria Apartment nie terbaeklah utk hotel bajet..pool sangat luas dan panjang..ada 2 pool utk kanak2 dan dewasa..walaupun kita deal dgn owner apartment tapi kita boleh guna pool dgn percuma...x ada prosedur yg ketat..boleh je pakai seluar track suit utk mandi...


Berendam laa sampai kecut...hehehe...


Walaupun hanya satu malam..tapi anak2 kata mereka rasa puas..sebabnya dapat mandi pool...emm..bila pulak nak bercuti bergantung pada bajet la....kalau ada rezeki lebih boleh la bercuti lagi ke detinasi yg lebih jauh sikit kan..


Ok Bai!!

Photobucket
 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog