Monday, 13 June 2011

UDANG TIGA RASA

Salah satu menu tengahari tadi..UDANG TIGA RASA..Sebenarnya kiter masak apa yg ada dalam peti sejuk ajer..dan resepi nie anak2 suka makan..masak saja la kan..Udang nie sedap di makan..tapi hati2 ..kolestrolnya sangat tinggi..Resepinya seperti kat bawah nie yer..



UDANG TIGA RASA

Bahan-bahan:
20 ekor udang harimau
*20 tangkai cili kering (rebus)
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci lengkuas
*1 inci halia
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya
1 sdt madu
2 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Udang dibuang kepala dan dicuci bersih. Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak.
Masukkan udang dan gaul sebati hingga udang 1/2 masak.
Masukkan semua jenis sos dan garam secukupnya ikut selera.
Akhir sekali masukkan madu, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat.
Boleh dihidang dengan nasi atau roti.


6 comments:

dyanie said...

sedapnyaaaaa!!
t nak cbe hihi

Cik Fia said...

wah.. tetibe lapar

kpah k-poh said...

sal...masakan udang kan...kalau satu rasa pun dah sedap...apa lagi 3 rasa..bertambah2 ler sedapnya..!!!

Kak Sal said...

hahaha..betul tu kapah...sampai x larat nak rasa..

shopping2u said...

sedap nye, lagi sedap kalo dpt free huhuhu

kte follow sni :)

Kak Sal said...

free pun boleh...mai la makan kat umah akak....

 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog