Friday 10 October 2014

Mee Kuah Daging


Assalamualaikum..salam satu blogger...


Dah beberapa hari Hari Raya Korban kan...tapi dalam peti ais masih ada saki baki daging dan tulang lembu korban...3 hari lepas dah buat bihun sup utara..hari ni teringin nak makan mee kuah daging lak..sebenarnya kuah mee ni kalau boh tulang lagi best...tapi di sebabkan saya lupa nak keluarkan tulang tu awal2 utk di rebus..maka boh daging saja lah...memang dlm resepi pun cuma letak daging jer...

Jom la try resepi nie..pada selera saya sedap la jugak...terasa lemak2 kacang dlm kuah tu..Resepi ni saya ambil dari FB je..dah lama saya save..lupa dah sapa yg kirim...kalau tuan punya resepi ada terbaca minta halalkan resepinya ini yer...






Nindiaaaa....ayaq tangan saya ari nie nooo...sapa yg nak try tu sila tgk resepi di bawah nie...




MEE KUAH DAGING

BAHAN-BAHAN :
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :

8 biji telur rebus - dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :
1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .

2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup .



p/s--->oleh kerana saya buat kuah lebih sikit..saya tambah ubi keledek rebus yg di kisar halus utk menambah pekatkan lagi kuah...


ok bai!!
Photobucket
 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog