Sunday, 30 October 2011

Hanya kerana cinta??





Salam satu blogger..


Tulisan Khas Buat Anak2 ku yg tercinta...


Sewaktu entry ini di tulis..air mata mama tak berhenti mengalir..terus mengalir membasahi keyboard ini...Sungguh pantas masa berlalu kan...masih mama ingat lagi..waktu2 mama mengandungkan mu anak...mama dan abah sangat bahagia..apatah lagi bila di beritahu anak yg mama kandung adalah kembar..kedua2nya perempuan...hanya Allah yg mengetahui betapa bahagianya mama dan abah..menimang cahaya mata sulung..kembar pula..Ketika melahirkan mama sedikit kepayahan..berhempas pulas..menyabung nyawa..selama 12 jam dalam bilik bersalin...Selepas melahirkan mama terpaksa berkampung di dalam wad kerana anak mama yg lahir tidak cukup bulan..abah pula berulang alik dari pulau pinang..Mama merasakan seperti segalanya baru saja berlalu...kini dah 15 tahun...selama 15 tahun juga la mama dan abah menatang seperti minyak yg penuh..menjaga dengan penuh kasih dan sayang..memberi cukup ilmu agama...dan mama sentiasa mendoakan anak2 mama berjaya dan di rahmati Allah..


Tentu la sebagai ibu bapa tentulah nak yg terbaik utk anak2nya kan,salah ke bercinta pada usia remaja?Zaman sekarang nie kebanyakkan ibu bapa dah dpt terima cinta remaja nie..tapi tolonglah jgn keterlaluan yea,terlalu mengagungkan cinta sehingga mengetepikan ibu bapa..Hati ibu mana yg x hancur bila anak yg di lahir dan di besarkannya akhirnya menurut kata kekasih hati sehingga lupa diri,lupa pada nasihat kedua ibu bapa..


Benarlah kata org,menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga anak dara seorang.


Tolonglah anak2.,usia seawal 15 tahun bukan masanya lagi untuk bercinta..hidup mu masih terlalu muda..dan masih jauh lagi perjalanannya..kejarlah ilmu untuk masa depan,jgn lalai hanya kerana cinta..cinta itu bukan buta tau,tapi mata hati kita yg buta menilai cinta..


Hati ibu ini merintih..mengalir air matanya,melihat kehidupan anaknya bakal hanyut kerana cinta..apa salah mama wahai anak..tidak cukupkah kasih sayang yg mama dan abah beri..kemana letaknya didikkan agama yg kami beri?kelaut ke?


Kini kasih sayang ibu bapa sudah x berharga lagi..

Sanggup menyisihkan keluarga yg dulunya sangat harmoni..penuh dengan kebahagian..penuh dengan riang dan tawa..gurau senda..



Kerana sayang la mama dan abah membatasi pergaulan itu..menyekat kemudahan2 yg mama dan abah beri dulu..Tapi nampaknya ianya seperti merampas senyuman..keriangan di wajah mu anak...seolah2 memberontak...ingin menunjuk perasaan tidak puas hati..dengan tidak menjamah makanan..emm..sungguh mencabar kewibawaan mama dan abah...Hati mama sedih sangat..hancur luluh...


Apa yg perlu mama lakukan???menurut kehendak mu ke..??Tolong la anak...mama hanya minta sedikit saja dari kamu...tolonglah jadi anak yg soleh dan jangan ingkar pada perintah Allah...dengari la rintihan mama mu ini...mama rindukan senyuman dan keriangan di wajah mu..sungguh2 mama rindukankannya...



3 comments:

yana halim said...

ini la cabarannya menjadi ibu zaman moden. anak2 makin terdedah, kalau tak diikutkan kehendak, memberontak. Sabarlah kak sal....

Kak Sal said...

betul tu yana...sangat mencabar mendidik anak2 zaman sekarang...

suera said...

rasa takut plak bila baca entri kak sal sbb sy pun ade ank dara gak..trima kasih kongsi creta ni,jd panduan utk sy..smoga kita x putus2 mendoakn kesejahteraan ank2.

 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog