Tuesday 24 May 2011

NORA ELENA@SLOT AKASIA TV3

Semenjak drama Nora Elena di tayangkan di slot akasia TV3 kiter terjatuh cinta sangat2 ngan drama tu...bestnyaa...Drama nie diadaptasikan dari novel karya Meen Zulaikha.Kiter blom lagi baca novel tu..aritu kiter dah gi cari kat kedai buku tapi kata mereka sejak drama Nora Elena di tayangkan macam goreng pisang panas lak novel tu..dah kehabisan..padahal tu bukannya novel baru pun..hehe..itu la kan pengaruh drama nie..membawa tuah juga pada penulis novel..asalkan dilakonkan dengan baik tentu lebih menarik kan..Kiter sempat juga oder ngan kedai buku tu..minta dorang simpankan untuk kiter bila stock baru dah sampai nanti..emm..nanti biler kiter dah baca novel tu kiter reviewkan kat sini yer...
Setiap hari Isnin hingga Khamis kiter x lepaskan peluang melangut depan tv..menonton drama nie..dan kalau x sempat kerana kerja atau kesibukkan boleh saje tengok kemudian kat laman web TV3.
Antara pelakon yang menjayakan drama Nora Elena nie ialah Aaron Aziz,Siti Saleha,Miera Liyana,Ery Putra,Zul Ariffin dan ramai lagi lah...


Nie haa..Novel karya Meen Zulaikha -Kasih Yang Suci


Nie pula antara pelakon utama Drama Nora Elena Aaron Aziz,Siti Saleha dan Zul Ariffin



Sinopsis Drama Nora Elena
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
Apalagi..jom la menonton drama nie...setiap Isnin hingga khamis jam 7pm...
*Gambar ihsan dari Encik Google

No comments:

 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog