Saturday, 17 December 2011

Langsuir bertenggek dirakam @ Kulim Hi Tech

Salam Satu Blogger...




Wahhh..x sangka la..ade kesinambungan la pulak kesah si langsuir bertenggek atas paip air di Kulim Hi Tech..seperti yg kiter citer dalam entry kiter yang lepas..sila rujuk di SINI jika blom membacanya k..


Motif SINAR HARIAN suke benor buat liputan kesah si langsuir nie idak le kiter ketahui yea..*udah mcm siri bercakap ngan jin* Kot gamak nak bagi laku paper pun cari la berita yg lebih bersinar kan..biar la majalah mastika ker..metro ker..buat liputan kesah2 antu nie...malas la nak komen...korang baca la sendiri...zasssssss!!!!


sumber dari :SINAR HARIAN


Langsuir bertenggek dirakam
Oleh : SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
Tarikh : December 17, 2011




HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.




Photobucket

FB TIMELINE

Salam satu blogger...


Korang perasan x skrg nie FB dah ada timeline..???emm..masih baru lagi kot..atau kiter yg x perasan...
ade sapa2 yang dah cuba...???Kiter baru je cuba tadi..lom explore abis la..n awal2 nie kiter rasa macam awesome lar...nampak berseri2 jer mukabuku kiter dengan gamba2 yang besar2...pastu leh letak pulak header yang cantik2 mcm blog...boleh tengok post2 kiter yang lama2..sejak dari awal bermukabuku..hehehe..macam best jer..dapat mengimbau kenangan lama...dulu pun boleh gak kalau nak tengok post2 lama..tapi kene sabar nak klik older post...klik sampai tergeliat jari la kalau nak tgk post sejak dari mula berfb tu kan...skrg dengan TIMELINE sekali klik je...pilih je mana tahun yg kiter nak tengok..dan boleh tengok bila kiter start berfb...emm...awesome kan...


Taraaaa...FB kiter dah jadik camnie.....

Kalau korang nak try meh klik kat Sini ok...selamat mengexplore mukabuku berwajah baruuu....








Photobucket

Friday, 16 December 2011

Sayur Lemak Pucuk Salang

Salam Satu Blogger...


Pernah dengar x nama sayur nie..???Pucuk Salang..kalau orang utara terutama org Perak rasanya tau rupa pucuk salang nie kan..emm...bukan pucuk salam tau...haa..eja betul2..S.A.L.A.N.G....salang...huruf S kat depan  tau bukan J...hehehehe..*gurau je*


Kiter lupa la pulak nak snap gamba pucuk nie sebelum masak...tapi en google x menghampakan k..


                   Gini la rupanya pucuk salang tu...




Di yg dah di masak lemak..nie kira kalau ada banyak bahan2 sampingan la..


Kalau x de tu..biarkan dogel camnie pun soodapp....


Pucuk nie boleh jugak di makan sebagai ulam..celur n cicah ngan sambal belacan...fuhh!! mertua lalu belakang confirm x nampak..hehe..mata kat depan..bukan blakang kan...Kiter lak masakkan pucuk nie masak lemak putih ngan ubi keledek...tak payah la letak resepi..coz kiter malas...*berterus terang betul*
Masak aje macam biasa..rebus ubi keledek sampai empuk..masukkan fucuk dan suhun..kemudian masukkan daun salang..cili besar yg di hiris..bawang besar yg di hiris..taruk sedikit garam..last sekali masukkan la pati santan..kacau sampai mengelegak..tutup api...siapp...boleh la di hidangkan bersama2 ikan goreng..ngan sambal tumis ke...gandingan yg mantappp....






Photobucket

Kurma Telur

Salam Satu Blogger...


Alhamdulillah bulan nie murah rezeki kiter yea..sana sini ada jemputan kenduri..mcm2 kenduri ade..boleh la gantung periuk kan...*alasan!x de kenduri pun kdg2 gantung periuk gak..haha*
Apa2 pun entry kali nie bukan la nak citer pasal kenduri pun...cuma nak citer pasal telur yg kiter dapat dari umah kenduri tu kan..mungkin ade sesetengah tempat dah x kasi telur rebus nie kan..dah tuka ngan gift yg lain..tapi kebetulan 2 minggu lepas kiter gi kenduri semuanya kasi buah tangan telur rebus tu..ngan bunga telur sekali..dah lak tu kasi banyak la pulak...hehehe..anak2 kiter gegirl langsung x makan la telur rebus tu..harap yg lelaki je la..tu pun x kan nak makan banyak kan..takat sebiji je la..abis yg lebih tu kiter masakkan masak kurma telur la...haa..jimat la lauk untuk dinner pulak kan...gegirl x nak makan sudah..korang goreng la telur...*kejamnya mama*


Ok la..nie resepi ringkas je..jangan ade yg cakap alaaa kurma telur pun nak taruk dalam blog...hohoho..jangan hokey...bukan semua orang pandai tau...dulu2 masa kiter x reti memasak..nak buat cucur udang pun kiter refer resepi gak haa..atau refer pada mak..sama la mcm zaman skrg kan...nak masak tapi x reti refer pada resepi internet...kiter lebih yakin pada resepi dari blog2 nie..dari beli majalah masakan tu yg kadang2 resepinya kiter rasa macam pelik jer..blog2 memasak nie rasanya lebih telus..ade yg sanggup siap tunjuk step by step lagi..semuanya atas pada diri kiter sendiri nak cuba ke x nak kan...Cukup la membebel sikit2 yea..jom kiter ushar resepi ringkas kurma telur nie pulak...



Kurma Telur 
Bahan-Bahan:
5 biji Telur 
Santan pekat Rm2(sebiji kelapa)
Serbuk Kurma (dicampurkan sedikit air) 
2 labu Bawang Besar (belah 4,belah jangan putus yea..)
3 biji cili besar hijau(di belah 2-kiter x de stok cili besar..so taruk je cili padi)
1 Labu bawang kecil (dihiris) 
3 ulas bawang putih (dihiris) 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak 
1 batang kayu manis 
2 ulas bunga lawang 
Sedikit minyak masak 

Cara:
1) Rebus telur sehingga masak. Sejukkan dan buangkan kulitnya 
2) Tumiskan bawang putih dan merah sehingga wangi 
3) Masukkan kurma bersama kayu manis dan bunga lawang. Tunggu sehingga naik minyak 
4) Masukkan garam 
5) Masukkan santan pekat,cili hijau,telur dan bawang besar. 
6) Tunggu sehingga bawang besar menjadi keputihan. 
7) Padamkan api, angkat dan hidang. 
Note:
1) Kalau nak kuah rasa pedas boleh campurkan dengan cili serbuk bersama rempah kurma 
2) Bawang besar dalam kurma itu sedap dimakan 
3)Kuning telur jika bercampur dengan kuah kurma membuatkan rasanya lebih sedap. 
4) Kurma lebih sedap dimakan dengan sambal tumis (ikan bilis, ikan, ayam dsb)





Ok..selamat mencuba yea...






Photobucket

Saturday, 10 December 2011

Kulim Hi Tech vs Langsuir

Salam satu blogger...


Entry kiter malam nie nak berkesah tentang hantu yea..hehehe..jangan la seram..*ayat cover*
Sebenornya tadi siang kiter terbaca kesah langsuir bertenggek di palung air kat area Kulim Hi Tech Park..tempat nie x jauh la dari tempat tinggal kiter..Taman Mutiara Sg Kob..dan kiter pun keje kat kawasan Hi Tech nie jugak la..dulu2 ade gak kluar paper citer hantu pocong kat hi tech nie la jugak...aduhh..banyak betul genre hantu kat hi tech nie yea..jom baca berita yg kiter copy dari sinar harian nie yer..



Gempar langsuir bertenggek

Oleh : SHAIFUL AZHAR MOHD ALI

Tarikh : December 10, 2011
Pili
HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.
Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. 
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. 
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. 
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu. 
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.




emm...Bagaimanapun jangan la kiter menganggap yg langsuir itu jelmaan dari org yg telah meninggal..itu adalah jelmaan syaitan/jin dalam pelbagai rupa untuk menakut2kan anak Adam....Tapi musykil jugak yea..kenapa sampai masuk paper lak nie..dari penduduk2 taman Kulim Perdana tersebut x pernah lak kluar citer2 camnie...x de pulak yg terserempak ngan makluk Allah tersebut...Hantu pun nak glamer masuk paper yer..nie mesti terpengaruh ngan kawan2nya yg lain yg dah glamer masuk panggung wayang...berlakon di layar perak...ataupun ade strategi untuk menakut2kan kutu2 rayau di tengah2 malam..??hohoho..kalau mat2 n minah2 rayau tu leh merasa takut tu ok la gak..risau hantu2 tu lak yg seram nengok dorang2 tu...lebih agresif/hyper dari hantu...hantu2 tu hanya berani bertengek je atas palung air..atau terloncat2 *pocong* tapi mat2 n minah2 rayau nie advance lagi..merempit terterap..terlentang...atas jalan raya...haaa...






Photobucket

Wednesday, 7 December 2011

Filem Ombak Rindu

Salam Satu Blogger...


Kelmarin kiter ngan gegirl gi nonton filem Ombak Rindu..






Dah berjebah blogger  review pasal filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin nie kan...Kiter pun nak gak review sket..tapi x de la banyak sangat..coz kiter bukan arif sangat pun tentang dunia perfileman nie kan..


Kenapa ya kiter gi nonton filem nie...??Sebabnya ialah kiter dah terminat kat heronya si Aaron Aziz sejak dia blakon drama Emil Emilda lagi..pastu drama Nora Elena lak..dolu2 kiter minat ngan Rosyam Nor..tapi sejak Rosyam dah tua nie minat kiter dah bertuka ke Aaron Aziz la pulak...pasal kiter dok muda lagi..*rasa nak muntah sila tadah sendiri ya*muahahha...


Filem Ombak Rindu nie di Adaptasikan dari novel keluaran Alaf 21 hasil karya Fauziah Ashaari...waaa..laku betoi si Aaron Aziz nie sejak datang mesia nie kan..hujan emas di negeri orang betul nih...ngeee...sejak blakon drama adaptasi dari novel Nora Elena tu..nampak gayanya Aaron nie macam sesuai jadi watak hero dalam novel lak kan..tu pasal dia terpilih blakon filem Ombak Rindu nie...maka hari nie kata Aaron kutipan untuk filem nie dah menjangkau 5.2 million...wowwww!!!!


Komen kiter..filem nie terbaek la..sangat best di tonton..Aaron Aziz membawa watak Hariz dengan jayanya..sangat berkesan..dan Maya Karin pun best..dia ibarat penambah perisa dalam filem nie..Maya membawa watak izzah gadis kampung..mekup pun mcm org kampung..nipis jer..menurut kata Maya Karin nie adalah watak gadis kampung yg pertama kali di lakonkannya..tapi nampak berkesan sangat..tak kekok pun..tapi korang jangan la expect lebih sangat...bagi yang dah baca novel Ombak Rindu tu jangan la mengharapkan filem nie akan keluar sebiji2 macam dalam novel yer...mustahil sgt2 la semua watak dalam novel tu boleh di lakonkan di layar...kalau boleh pun sanggup ke nak tunggu 5-6 jam dalam panggung tu...huhuhu..banyak kiter baca kritikkan2 yg mengatakan filem nie banyak yg x sama ngan dalam novel..ofkos la kan...perlulah di sesuaikan dengan filem...novel dan filem kan berbeza...


X perlu rasanya kiter letak sinopsis citer ni kat sini ek..coz mesti korang dah baca kan..heheh..*dasar pemalas* Cuma kiter nak bgtau sket pada yg nak bawa anak2 menonton tu..ada adegan2 panas di atas ranjang tau...mcm kat bawah nie...


 Nie adegan di mana Izzah telah di jual oleh bapa saudaranya kepada sendiket pelacuran..dan Hariz*Aaron*
org pertama melanggani Izzah...


Kepada mereka2 yg merasanya dirinya gembeng seperti kiter ..sila bawak sekotak tisu atau tuala pun boleh gak yea..pasal korang sure akan nanges mcm kiter gak...huhuhuhu...


Apa2 pun kiter suka pada adegan2 romantik dalam filem nie dan juga permandangan yg indah...mcm gamba di bawah...










*pic hasil carian en google*
Pada yg belom menonton tu sila la pegi yea..citer ni memang best...chaiyok!




Photobucket

Tiramisu--Strawberry vs blueberry

Salam Satu Blogger...


Minggu lepas kiter dah buat tiramisu...hehehe..asek meleleh air lior bila ngadap tiramisu nie kat blog org kan...kiter pun ce try la buatnya...emm..sedappp sgt...


         Nie kiter try buat letak filling blueberry ngan strawberry....


        Letak dalam bekas yg besar sket..tapi x reti nak melapisnya pulak..x cantik lak nampak...


Resepinya mudah jer...kiter amik dari blog Kak Nor @ Secubit Garam Mula2 kiter buat untuk anak2 jer..pastu kiter buat lagi..bawak untuk kawan2 tempat keje lak...Nampaknya tiramisu nie menjadi desert kegemaran kiter sekeluarga la..sangat sedap bila makan sejuk2...yummy..yummy....


STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
sumber resepi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu *finger lady*
sedikit buah blueberry segar ~ *kiter x letak pun...

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada.
Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 





Photobucket

Wordless Wednesday # 2


Gini la jadinya bila Muhammad Hazim nak sangat ikt gi shopping barang dapur....




Photobucket
 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog