Thursday 3 January 2013

Selangkah Meniti Usia...

Salam Satu Blogger..

Agak terlewat kiter nak wish Selamat Tahun Baru 2013..tapi tetap jugak nak wish kan..Selamat Tahun Baru semoga pada tahun baru ini kita semua mendapat rahmat drNya..di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yg  lebih baik..Selangkah lagi kiter mendaki anak tangga..heheh..begini la kehendak alam yg x mampu kita menidakkannya..usia semakin senja..

Sama seperti tahun2 yg lalu..kiter sekeluarga tak pernah menyambut tahun baru dengan apa2 majlis atau pergi bersesak ramai2 di Padang Kota Penang..semata2 untuk countdown sambil menyaksikan percikkan bunga api..cukup lah sekadar mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi yg kami sekeluarga masih berada di bumi Allah ini..Pada kami berakhirnya 2012..dan bermulanya 2013 sama saja seperti hari2 biasa..malah agak lebih sibuk dengan persiapan untuk ke sekolah pada awal tahun baru..kerana Kedah tidak mengambil cuti tahun baru sebagai public holiday...

Tahun ini 5 orang anak kiter dah masuk sekolah..semakin bertambah belanja harian..semakin sibuk la en suami menguruskan penghantaran anak2 yg bersekolah rendah..mujur si kakak kembar dah boleh pergi sekolah sendiri dengan motosikal..Kembar pun tahun nie bz dengan persediaan menghadapi peperiksaan SPM..dan Aiman Syahmie anak ke3 pulak dengan peperiksaan UPSR..Tahun nie Aiman dah kami tukarkan ke Sekolah Sg Kob..supaya lebih senang untuk memantau aktiviti harian semasa aiman di sekolah..supaya aiman lebih menumpukan pada pelajaran..kiter suami isteri menharapkan yang terbaik dari anak2 ini..supaya mereka lebih bertanggungjawab untuk belajar dan memastikan buat yang terbaik..

Arman Haziq pun di tukarkan juga kesekolah Sg Kob..begitu juga dgn Muhammad Hazim..kini dah pun belajar di sekolah Pra juga di Sek Sungai Kob..Pada hari pertama persekolahan sangat payah nak memujuk Hazim mandi dan bersiap untuk ke sekolah..tapi tiba hari kedua dia pulak yang bangun awal2 dan nak pakai kasut untuk ke sekolah tanpa mandi pagi..hahhaa..seronok la tu ada ramai kawan kat sekolah..

Muhammad Hazim nie anak kite yang bongsu..anak ini agak istimewa..mungkin dia salah seorang pengidap Autisma..kiter sangat sedih..walau kiter sedar akan kekurangan anak ini..kiter tidak dapat nak menerima hakikat bahawa anak kiter ni Autisma..kiter rasa sangat kecil hati bila guru kelas minta kiter rujuk dengan doktor pakar..fikiran kiter jadi serabut..tapi setelah kiter di sedarkan org seorang kawan lama yang juga seorang guru..kiter rasa bersyukur..bukan lah kiter seorang yang menghadapi masaalah ini..masih ramai lagi para ibubapa di luar sana yg menghadapinya..malah lebih teruk dari Hazim..

Bersyukur pada mu ya Allah..dengan ujian mu ini..aku menjadi lebih tabah..lebih cekal dan redha dengan pemberian Mu ini..berilah pada ku dan suami kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjaga amanahMu yang istimewa ini...

Untuk pengetahuan semua..Muhammad Hazim yang juga panggilan manja nya Adik atau Baby..tidak boleh bertutur seperti kanak2 yang sebaya dengannya..Adik bercakap tidak terus..hanya bunyi hujung2 saja..tapi kami sekeluarga dapat melihat ada perkembangan yang baik pada Adik sejak akhir2 ini..adik kini dah boleh buat ayat..tapi mungkin org luar x paham..melainkan kami saja..itu pun kadang2 sukar juga nak faham..adik juga gagap..gagap yg sangat teruk..bila nak menghabiskan ayat sangat sukar..sebagai seorang ibu..kiter sangat sedih dan kesian yg teramat sgt..risau kalau2 dia di ejek oleh rakan sekolah..Selepas kiter di sedarkan oleh kawan tentang betapa pentingnya kiter dan suami memberi sokongan pada adik..maka..akan bermula lah episod kiter akan membawa adik berjumpa pakar..dan langkah pertama ialah kiter akan membawa adik berjumpa guru besar..beri penjelasan tentang kekurangan adik..mungkin adik akan di beri perhatian khas dari guru yang terlatih..

Adik..mama sayanggg sangat kat adik..semua sayangkan adik..semoga satu hari nanti adik akan jadi sempurna seperti kawan2 yang lain yer..




Photobucket
 
Design by www.duniashida.com Reserved to Puan Salmiah's Blog